PPANPk RAIH ANUGERAH BEST VISUAL IMPACT POSTER DI IFLA WLIC 2026, BUSAN, KOREA SELATAN
BUSAN, KOREA SELATAN, 13 Ogos 2026 - PPANPk telah menghadiri IFLA WLIC 2026 yang berlangsung di Busan, Korea Selatan, pada 10 hingga 13 Ogos 2026. Seramai empat (4) orang, termasuk YBrs. Pengarah PPANPk, telah menghadiri persidangan antarabangsa pada kali ini.
PPANPk turut menghantar tiga (3) tajuk poster dan diwakili oleh pegawai seperti berikut:
- Bridging Gaps Through Storytelling: Advancing Literacy Equity Among Indigenous Children in Bawong, Perak oleh Suraya Binti Haiji Ariffin, AMP dan Nadiatun Syafiqah Binti Badarudin.
- EcoQuest @ Taiping Public Library oleh Noor Rozita Binti Osman dan Nur Ain Binti Mohd Bakri.
- From Zero to Hero: The Bawong Library Story of Transforming Orang Asli Lives oleh Wirda Lisa @ Hanim Dalina Binti Mohd Arsad dan Nor Fadhilah Binti Yunus.
Pada persidangan tahun ini, PPANPk telah menerima Anugerah Best Visual Impact Poster bagi tajuk poster “Bridging Gaps Through Storytelling: Advancing Literacy Equity Among Indigenous Children in Bawong, Perak”.
PPANPk mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang telah berjaya menyediakan dan membentangkan poster masing-masing. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih ramai pegawai dan kakitangan PPANPk menyertai persidangan antarabangsa pada masa hadapan serta terus mengharumkan nama PPANPk di pentas dunia.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





