MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA PRAPEMBUKAAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK DIGITAL DAN KESEJAHTERAAN WARGA PPANPk
IPOH, 12 Jun 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin sempena prapembukaan perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perak Digital dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Ruang Santai Aras Bumi (Sunken), Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Majlis yang dipimpin oleh AF Ustaz Abdul Azim bin Azhari, Imam Masjid Negeri Perak ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kelancaran urusan prapembukaan Perpustakaan Awam Negeri Perak Digital yang telah dinaik taraf agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT serta selamat digunakan oleh masyarakat.
Warga PPANPk turut bersama-sama mendoakan agar perkhidmatan yang bakal ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, di samping memohon kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan keafiatan yang berpanjangan buat seluruh warga kerja PPANPk dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT serta terus memberi manfaat kepada masyarakat.

















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





