KAJIAN PENSTRUKTURAN HALA TUJU PPANPk 2025 - 2030
IPOH, 16 Jun 2026 – Satu sesi perbincangan bersama pasukan perunding daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi pelaksanaan Kajian Penstrukturan Hala Tuju PPANPk 2025–2030 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Camellia, Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Perbincangan tertumpu kepada semakan instrumen soal selidik, keperluan data kajian serta perancangan aktiviti pengumpulan data bagi menyokong pembangunan hala tuju strategik PPANPk untuk tempoh lima tahun akan datang.
Selepas sesi tersebut, pasukan perunding turut mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Perak Digital .
Terdahulu, Mesyuarat Permulaan (Kick-Off) kajian ini telah diadakan pada 12 Mei 2026 bersama pasukan perunding UniKL yang diketuai oleh Ts. Dr. Zaimi Zainal Mukhtar.
Kajian ini diharapkan dapat memperkukuh peranan perpustakaan awam sebagai pusat ilmu, pembelajaran sepanjang hayat dan hab komuniti yang relevan dengan keperluan masyarakat serta perkembangan teknologi semasa.















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





