KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PUSTAKA NEGERI SARAWAK KE PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI DIGITAL
IPOH, 8 Jun 2026 – Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Perak bagi meninjau kemudahan, perkhidmatan serta inisiatif pendigitalan yang disediakan kepada pengguna. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah PPANPk, Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, bersama Puan Junaimi binti Abd Moin.
Sepanjang lawatan tersebut, Tuan Haji Japri telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di Perpustakaan Awam Negeri, termasuk akses kepada sumber maklumat elektronik, koleksi digital serta pelbagai perkhidmatan dalam talian yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat.
Beliau turut berpeluang meninjau sendiri kemudahan yang disediakan serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh perkhidmatan perpustakaan digital agar terus relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna masa kini.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan institusi perpustakaan dalam memperkasa transformasi digital serta memperluas akses masyarakat kepada sumber maklumat yang berkualiti dan berdaya saing.















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





