LAWATAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL UMMAH KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 2 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menerima lawatan daripada Sekolah Rendah Islam Al Ummah. Lawatan ini disertai oleh 41 orang murid bersama 3 orang guru pengiring.

Sepanjang lawatan, peserta mengikuti beberapa aktiviti yang telah disediakan, antaranya lawatan berpandu perpustakaan, taklimat mengenai pangkalan data u-Pustaka, kuiz interaktif, serta permainan Hide and Seek yang bertujuan memupuk kemahiran mencari maklumat dan menggalakkan penerokaan perkhidmatan perpustakaan.

Diharapkan lawatan seperti ini dapat meningkatkan minat membaca, memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat, serta memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.