MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM BIJAK BERBAHASA & NILAM DIPERKASA SEMPENA BULAN BAHASA 2026
KUALA KANGSAR, 29 Julai 2026 (Rabu) – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutupan Program Bijak Berbahasa & NILAM Diperkasa Sempena Bulan Bahasa 2026 anjuran SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Ahmad Khusaini Fikri bin Mohd Hassan, Pengetua SMK Sultan Tajul Ariffin, atas kesudian menjemput Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANk), untuk menyempurnakan majlis perasmian penutupan program ini. Kehadiran beliau telah menyerikan majlis serta memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah dalam usaha memperkasa budaya ilmu dan kecemerlangan bahasa.
Program ini dianjurkan dengan objektif untuk :
- Memupuk keyakinan diri murid agar dapat berkomunikasi secara berkesan melalui pelbagai aktiviti bahasa.
- Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang bahasa, sastera dan pengucapan awam.
- Membudayakan penggunaan bahasa yang betul, sopan dan berkesan dalam kalangan warga sekolah.
- Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris serta memperluas penguasaan Bahasa Arab melalui aktiviti berasaskan teknologi.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi melibatkan penyertaan aktif warga sekolah. Majlis penutupan turut diserikan dengan nyanyian lagu rasmi, bacaan doa, ucapan Pengetua, ucapan perasmian oleh Pengarah PPANk, tayangan montaj, persembahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, penyampaian hadiah serta sijil kepada para pemenang dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan dapat terus menyemarakkan budaya membaca, memperkukuh penguasaan bahasa serta melahirkan generasi yang berilmu, berkeyakinan dan berdaya saing.
"Bahasa Wadah Citra, Digital Pemacu Minda Pencetus Fenomena."



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





