MINGGU PUSAT SUMBER 2026 SK ST. MICHAEL’S IPOH
IPOH, 17 Ogos 2026 - SK St. Michael’s Ipoh telah menganjurkan Minggu Pusat Sumber 2026 sebagai inisiatif memperkasa budaya membaca, literasi maklumat dan kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan warga sekolah.
Majlis turut disempurnakan oleh Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), selaku perasmi Minggu Pusat Sumber 2026, yang turut menekankan kepentingan membudayakan amalan membaca sebagai asas pembentukan generasi berilmu dan berdaya saing.
Dalam kesempatan tersebut, Dr. Rafidah turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah yang baharu diubah suai, yang kini tampil dengan suasana lebih selesa, kondusif dan menarik bagi menyokong pembelajaran serta aktiviti literasi murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Afzairudy bin Mustafa Afandi, Penolong Kanan Pentadbiran SK St. Michael’s Ipoh, atas kesudian menjemput pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan PPANPk terus diperkukuh dalam usaha membina budaya ilmu, menyemarakkan minat membaca dan melahirkan generasi berpengetahuan serta berdaya saing.




































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





