PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF PERPUSTAKAAN DIGITAL PPANPk PERKASA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
IPOH, 13 April 2026 – Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Fizikal dan Kemudahan Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (Perpustakaan Digital) telah berlangsung di Blok Utama, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Projek ini melibatkan kerjasama erat antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) selaku pengguna akhir, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak sebagai agensi pelaksana serta Rinahashim Enterprise sebagai kontraktor utama.
Hadir sama ialah YB Dato’ Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak; Ir. Farrid Bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak; Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk; Ir. Rijal Nazli Bin Sulaiman, Jurutera Daerah Kinta; serta wakil kontraktor, Hj Huseinal Rashidi Bin Mohamed Isa.
Projek menaiktaraf ini telah dilaksanakan bermula 16 Julai 2025 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual, mencerminkan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat.
Skop pelaksanaan projek merangkumi kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan, reka bentuk dalaman baharu dan penyediaan built-in furniture, serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara menandatangani Dokumen Penyerahan Projek, diikuti penyerahan plak projek serta lawatan ke sekitar kawasan projek.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Khairudin Bin Abu Hanipah memaklumkan bahawa projek ini telah meningkatkan kemudahan perpustakaan menjadi lebih kondusif, moden dan mesra pengguna, di samping memperluaskan akses kepada maklumat digital serta mengekalkan peranan bahan bacaan fizikal.
Inisiatif ini diharap dapat memperkasa budaya membaca dan menyokong pembentukan masyarakat berilmu.








































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





