BENDERA PERAK DIKIBAR, MISI KONTINJEN PPANPk KE PAHANG BERMULA

IPOH, 1 Oktober 2026 – Sesi persediaan kontinjen PPANPk ke Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26 Tahun 2026 telah berlangsung sebagai persiapan menghadapi konvensyen yang dijadualkan pada 9 hingga 13 Oktober 2026 di Pahang Darul Makmur.

Sesi tersebut merangkumi taklimat berkaitan perjalanan, pengisian program serta aktiviti yang bakal disertai oleh kontinjen.

YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk, turut menzahirkan sokongan dengan menyerahkan bendera Perak dan kit peserta kepada Ketua Kontinjen, Encik Indra Azman bin Gulam Yusoff.

Dengan slogan “Kontinjen PPANPk, ini kalilah!”, seluruh kontinjen diharap dapat membawa semangat kerjasama dan kebersamaan dalam mengharumkan nama PPANPk di pentas konvensyen.

Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen PPANPk!