PPANPk SERTAI PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA 2026

KUALA LUMPUR, 23–24 September 2026 – Seramai 11 orang warga PPANPk menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2026 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia.

Bertemakan “Perpustakaan Memacu Kemajuan Negara”, persidangan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh peranan perpustakaan.

Dua warga PPANPk turut tampil sebagai pembentang, iaitu YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz menerusi tajuk “Bibliotherapy Features in Malaysian Children’s Literature: Towards A Contextual Framework” dan Puan Suraya binti Haji Ariffin, A.M.P. menerusi tajuk “Dari Buku Ke Hati: Bercerita Sebagai Jambatan Literasi Kanak-Kanak Orang Asli di Bawong, Perak”.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen PPANPk dalam memperkasa pembangunan profesional, perkongsian ilmu dan kepakaran warga perpustakaan di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh delegasi PPANPk!