PROGRAM KREATIF DAN TEKNOLOGI @ PERPUSTAKAAN DESA SUNGAI SUMUN 2026
SUNGAI SUMUN, 25 Julai 2026 - Program Kreatif & Teknologi @ Perpustakaan Desa Sungai Sumun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nasoha bin Md Nasir, Pegawai Khas (Pentadbiran) kepada YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program termasuk pertandingan kreatif, permainan interaktif berunsurkan STEM, ceramah kesedaran jenayah siber dan scam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pameran, kuiz serta cabutan bertuah. Program ini turut mendapat penyertaan daripada kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan komuniti setempat.
Diharapkan program ini dapat memupuk budaya membaca serta memperkasakan kreativiti, inovasi dan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat di samping menarik lebih ramai komuniti untuk memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





