PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GALAKAN MEMBACA & SEMARAK NILAM
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Galakan Membaca & Semarak NILAM yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuff AMDR, Jalan Kamunting Lama, Taiping pada 6 April 2026.
Program yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti interaktif dan berinformasi telah dianjurkan, antaranya permainan robotik, pengalaman Virtual Reality (VR) serta permainan dalaman. Pendekatan santai berteraskan teknologi ini berjaya menarik minat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para murid dan pengunjung.
Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut menyemarakkan minat membaca dalam kalangan murid, selari dengan perkembangan teknologi masa kini.
Program ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan bergerak, malah berperanan sebagai pemangkin dalam usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas jemputan serta kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.






































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





