PPANPk DAN PERPUSTAKAAN USM PERKUKUH KERJASAMA MELALUI LAWATAN PENANDA ARAS
IPOH, 27 Julai 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) hari ini menerima kunjungan penanda aras daripada delegasi Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Ketua Pustakawan, Puan Arinawati Ayob.
Lawatan yang disertai oleh enam (6) orang wakil USM ini bertujuan mengadakan sesi perkongsian pengetahuan, bertukar pandangan serta meninjau amalan terbaik dalam aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan.
Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat mengenai projek naik taraf Perpustakaan Awam Negeri dan Digital, selain inisiatif perkhidmatan yang dilaksanakan oleh PPANPk dalam memperkasakan budaya membaca, pembelajaran sepanjang hayat serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat. Delegasi turut berpeluang mengadakan sesi perbincangan dua hala serta meninjau kemudahan dan ruang perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Awam Negeri dan Digital.
Diharapkan lawatan ini dapat mengeratkan hubungan strategik antara PPANPk dan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM), sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan, perkongsian kepakaran serta pembangunan inovasi demi manfaat bersama.


























































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





