BENGKEL BIBILIOTERAPI

KEDAH, 26 Oktober 2022- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput untuk mengendalikan Bengkel Biblioterapi sempena Bengkel Pemantapan Pengurusan Perpustakaan Kementerian, Jabatan Dan Agensi di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM). Bengkel ini dikendalikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, yang telah diadakan di Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Utara, Kuala Kedah, Kedah. Seramai 25 orang peserta terlibat menyertai bengkel yang dijalankan. Bengkel yang dijalankan selama satu (1) hari ini telah didedahkan dengan konsep dan kepentingan biblioterapi di perpustakaan, panduan pemilihan buku dan teknik biblioterapi.