BENGKEL KOMUNITI KESEDARAN PENTINGNYA ILMU PERTANIAN

PARIT, 07 Disember 2022- Bengkel Komuniti Kesedaran Pentingnya Ilmu Pertanian telah diadakan di Perpustakaan Desa Parit. Seramai 40 orang peserta dan 50 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar telah menyertai program yang dijalankan. Tujuan program ini diadakan  adalah untuk mengimarahkan Perpustakaan Desa Parit serta perkongsian ilmu pertanian kepada masyarakat setempat.

Taklimat Kesedaran Pentingnya Ilmu Pertanian telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pertanian Unit Keselamatan Dan Kualiti Tanaman, Puan Huzaimah  Bt Mohd Said @ Asmuni. Para peserta juga di tunjukkan cara demontrasi tanaman dengan menggunakan  kaedah Nutripot. Lain-lain aktiviti yang menarik diantaranya kuiz pertanian, teka muka buku, teka berat buku, anugerah peminjam buku  terbanyak, promosi keahlian dan cabutan bertuah. Para pengunjung berpeluang melawat beberapa pameran yang disediakan oleh pihak perpustakaan seperti pameran buku-buku pertanian, pameran Pejabat Pertanian dan pameran daripada PPDK Mawadah Parit

Hadir sama  Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Bt Abdul Aziz