BENGKEL TEKNIK EKSPLORASI BUKU BERKESAN
IPOH, 7 November 2022 – Bengkel Teknik Eksplorasi Buku Berkesan yang di perkenalkan oleh Perpustakaan Awam Negeri dan Gerakan Membaca, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak telah mendapat sambutan seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Bengkel yang diadakan selama satu (1) hari ini dijayakan melalui kaedah ceramah, perkongsian teknik eksplorasi buku dan perkongsian bahan bacaan melalui kaedah “My-Mapping” telah diterapkan dan didedahkan melalui pelbagai medium oleh penceramah kepada para peserta sepanjang sesi bengkel berlangsung. Para peserta diperkenalkan dengan perbagai tips di antaranya tips minat membaca, tips pembacaan tepat dan peta minda serta demo pencarian bahan secara terbuka. Penceramah bagi perkongsian teknik serta pengalaman ini telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM), Puan Nurrull Huda binti Abdul Wahid.