MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2024

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menerima jemputan untuk menyertai Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 yang diadakan pada 6 Oktober 2024 di Ipoh Convention Centre. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bahasa kebangsaan, memupuk minat semua golongan untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, serta memperkasakan kedudukan bahasa dalam pelbagai bidang. Selain itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak juga mengadakan aktiviti seperti pameran, sesi bercerita, pertandingan mewarna, dan kuiz. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Diharapkan program ini memberi manfaat kepada masyarakat dalam memupuk minat membaca.