KEMBARA TERAPI SENI DAN KRAF KANAK-KANAK
IPOH –Program Kembara Terapi Seni dan Kraf Kanak-kanak telah diadakan tiga (3) sesi iaitu pada 26 November, 3 & 10 Disember 2022 yang bertempat di Bilik Cempaka, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Khazanah Negeri Perak (KPK) sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia Oktober 2022. Seramai 11 orang peserta kanak-kanak bagi setiap sesi teruja dan seronok menyertai program yang dijalankan. Program ini dikendalikan oleh kakitangan Perpustakaan Awam Cawangan Utama Teluk Intan, Puan Khairun Nisah Binti Hj. Musa.
Kembara Terapi Seni dan Kraf Kanak-Kanak telah memperkenalkan peserta dengan pelbagai aktiviti terapi seni dan kraf yang menarik dan juga merupakan rawatan penjagaan kesihatan psikologi dan kesejahteraan emosi seseorang melalui kreativiti, dengan mengekpresikan diri melalui seni sebagai salah satu cara untuk meluah perasaan dan tekanan emosi.
Antara pengisian program adalah lukisan ekspresi diri, kraf topeng tapak tangan, mini mural flora dan fauna, kraf bunga besar, lukisan doodle, dan kapal perang dari bahan terbuang. Diakhir program, para peserta dapat menunjukkan hasil seni dan kraf masing-masing.