PROGRAM KESEDARAN MASYARAKAT “JOM KENALI KANSER” PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 21 FEBRUARI 2023 – Program Kesedaran Masyarakat “Jom Kenali Kanser” telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, pelajar IPTA, pelajar sekolah menengah dan persatuan ibu tunggal telah terlibat dalam program yang dijalankan. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan masyarakat mengenai tanda-tanda awal penyakit kanser disamping dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang langkah-langkah pencegahan awal penyakit kanser dan kepentingan membuat saringan awal kanser.

Antara pengisian program adalah ceramah “Jom Kenali Kanser” yang disampaikan oleh Dr. Najihah Binti Abu Bakar, Ketua Unit Onkologi Dan Pakar Klinik Onologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Pameran Kanser dan Kuiz berkaitan kanser.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.