LAWATAN WARGA PENDIDIK KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK
IPOH, 14 Ogos 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berbesar hati menerima kunjungan warga pendidik dari seluruh daerah di Negeri Perak
Lawatan ini melibatkan Pegawai Unit Sumber Teknologi Pendidikan Daerah, Guru Penyelaras Teknologi Maklumat serta Guru Penyelaras Media. Turut hadir sama, Puan Siti Norhaidza Adura binti Abdul Hamis, Penolong Pengarah, Unit Pengintegrasian Teknologi Pendidikan & Pelantar Digital, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.
Antara pengisian lawatan adalah, lawatan ke perpustakaan digital serta taklimat berkenaan pengurusan koleksi perpustakaan. Program ini menjadi medium perkongsian ilmu serta pengalaman dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai sumber ilmu, teknologi dan pembelajaran yang relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
PPANPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan strategik antara perpustakaan dan warga pendidik terus diperkasa demi memperluas akses kepada sumber ilmu serta menyokong ekosistem pendidikan yang berkualiti.



































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





