PROGRAM SANTAI & HARI TERBUKA @ PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN SERI ISKANDAR

SERI ISKANDAR, 23 November 2022- Perpustakaan Awam Cawangan Utama Seri Iskandar telah menganjurkan Program Santai Dan Hari Terbuka @ Perpustakaan bertempat di Perpustakaan Cawangan Utama Seri Iskandar. Seramai lebih kurang 500 orang pengunjung dan 424 orang peserta telah terlibat dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mohd Fathilah Bin Mohd Noor, A.M.P.

Antara pengisian program adalah Pertandingan Kolaj Bunga Raya, Pertandingan Mereka Busana Kertas, Pertandingan Congkak, Pertandingan Dam Ular Gergasi, Teka Muka Surat dan Berat Buku, Kuiz Celik Maklumat dan Bengkel Seni Persembahan (Teater) yang di sampaikan oleh Encik Nazarul Amin Bin Mohd Nasir selaku Pengerusi Badan Budaya Perak. Para peserta dan penggunjung perpustakaan juga berpeluang menyaksikan Demontrasi Padam Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Tengah.

Objektif program adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan Perpustakaan di samping dapat mempromosikan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.