BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) “BUKU SEBAGAI VITAMIN JIWA: PERANAN PERPUSTAKAAN AWAM DALAM MEMPERKASA KESEJAHTERAAN PENGGUNA”
IPOH, 27 Ogos 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) “Buku Sebagai Vitamin Jiwa: Peranan Perpustakaan Awam dalam Memperkasa Kesejahteraan Pengguna” yang disampaikan oleh Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk merangkap Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).
Bengkel yang melibatkan seramai 36 orang kakitangan PPANPk ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan penggunaan bahan bacaan sebagai medium yang dapat menyokong kesejahteraan emosi dan memberi manfaat kepada pengguna perpustakaan.
Antara pengisian bengkel ialah:
• pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dengan keperluan emosi pembaca;
• kaedah mengendalikan sesi perkongsian dan perbincangan buku secara lebih bermakna; dan
• penerapan elemen biblioterapi dalam aktiviti serta perkhidmatan perpustakaan komuniti.
Melalui bengkel ini, para peserta diharapkan dapat mengaplikasikan ilmu dan pendekatan yang diperoleh dalam memberikan perkhidmatan yang lebih prihatin, responsif dan berorientasikan kesejahteraan pengguna.
Inisiatif ini turut memperkukuh peranan perpustakaan awam bukan sahaja sebagai pusat akses kepada ilmu dan maklumat, malah sebagai ruang yang menyokong pembelajaran, pembangunan diri dan kesejahteraan komuniti.






.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)




























































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





