PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERTAJUK DADAH: "UBAT ATAU PADAH?"
IPOH,15 JUN 2023 -Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak melalui perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri telah mengadakan program Perkongsian Ilmu bertajuk Dadah: "Ubat Atau Padah?" yang telah disampaikan oleh Encik Idris Yusup dan Puan Puteri Adni, Pegawai Antidadah dari Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak. Seramai 72 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persatuan dan institut pengajian tinggi yang telah menyertai program tersebut. Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk:
- Memberi pendedahan tentang keburukan, kesan dan akibat pengambilan dadah;
- Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah dan punca keruntuhan generasi masa kini
- Memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini dan masa akan datang
- Mengimarahkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak melalui program yang dirancang; dan
- Mengaktifkan kunjungan orang awam di Perpustakaan Awam Negeri.
Program ini juga diadakan sesi soal jawab, kuiz dan pameran kepada peserta dan pengunjung perpustakaan. Semoga program sebegini memberi manfaat kepada masyarakat Negeri Perak khususnya kepada golongan remaja dan dewasa.