Sirkulasi
Kaunter Sirkulasi bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan koleksi perpustakaan. Perkhidmatan pinjaman menyediakan pelbagai bahan bercetak dalam pelbagai subjek, fiksyen dan bukan fiksyen bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sistem automasi perpustakaan yang diguna pakai oleh perkhidmatan sirkulasi adalah Sistem KOHA. Syarat-syarat keahlian Perpustakaan Awam Negeri (Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak)
- Warganegara Malaysia boleh memohon keahlian menggunakan Mykad.
- Permohonan oleh Anggota Tentera/ Polis,Kanak-kanak (tidak mempunyai Mykad) termasuk warganegara asing hendaklah memohon keahlian menggunakan Smartcard.
- Pemohonan keahlian menggunakan Mykad akan dikenakan pendaftaran RM1.00 (3 tahun sekali) dan yuran tahunan keahlian sebanyak RM10.00 (dewasa/remaja) dan RM5.00 (kanak-kanak).. Pendaftaran menggunakan Smartcard akan dikenakan tambahan sebanyak RM5.00 pada tahun pertama.
- Keahlian yang telah tamat tempoh selepas 1 tahun mesti memperbaharui keahlian mereka untuk membolehkan pinjaman bahan di lakukan seterusnya.